• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Didakwa Bunuh Pengawal Keselamatan Di Klang

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Bandar Bukit Raja di sini, dua minggu lepas.

M. Yugaraj, 26; B. Saravanan, 33; N. Mageswaran, 25; N. Yogeswaran, 22; U. Kunalan, 22; C. Reshiwaran, 22; dan E. Sasikumar, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah @ Lusia Muda Maran.

Namun tiada pengakuan direkod.

Ketujuh-tujuh lelaki itu didakwa bersama-sama beberapa lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Muhammad Ridhzuan Che Bai, 26, dengan menetak mangsa menggunakan sebilah parang di pondok pengawal 11-Avenue, Persiaran Sungai Keramat, Jalan Rodat 1/KU5, Bandar Bukit Raja, pada pukul 2 pagi, 18 April lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret Mariam menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, peguam P. Uthayakumar yang mewakili Yugaraj dan Saravanan memohon kepada mahkamah supaya meminda pertuduhan terhadap anak guamnya kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan atas alasan tuduhan bunuh yang dihadapinya bersifat prejudis.

Beliau berkata kedua-dua anak guamnya itu tidak tahu peranan sebenar mereka dalam insiden berkenaan malah menyifatkan dakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu melanggar hak asasi tertuduh.

Uthayakumar turut mendakwa kedua-dua anak guamnya dipukul ketika dalam tahanan reman sehingga mengalami kecederaan ringan.

Majistret bagaimanapun menolak permohonan pindaan terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan pihak polis supaya membawa mana-mana tertuduh yang mengalami kecederaan menjalani rawatan di hospital.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam manakala lima lagi tertuduh diwakili peguam S. Saravanan. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd