• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kelantan Periksa Cermin Gelap Mulai Esok

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersiap sedia untuk menjalankan operasi penguatkuasaan penggunaan cermin gelap mengikut spesifikasi baharu bermula esok.

Pengarahnya, Abd Ghani Che Kasim berkata, penguatkuasaan cermin gelap itu tertangguh hampir enam bulan untuk memberi peluang kepada pemilik kenderaan membetulkan semula kadar ketelusan cahaya cermin gelap tingkap kereta masing-masing mengikut spesifikasi baharu itu.

“Mereka perlu membetulkan cermin kereta mereka mengikut spesifikasi yang kita benarkan dari segi kiraan iaitu bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus (kadar ketelusan cahaya).

“Kadar ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kekal pada kadar 70 peratus manakala sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 50 peratus,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis sempena Hari Penguatkuasa JPJ Negeri Kelantan 2015 di sini, hari ini.

Abd Ghani berkata, JPJ telah membuat persediaan dari segi sistem dan peralatan bagi pelaksanaan penguatkuasaan tersebut.

“Setiap lokasi penguatkuasaan mempunyai enam unit mesin iaitu di Machang, Gua Musang, Kota Baharu dan di kawasan sempadan.

“JPJ akan keluarkan notis larangan dan pemeriksaan serta saman kerana kesalahan memasang cermin gelap yang tidak mengikut peraturan,” katanya.

Hari Penguatkuasa JPJ Negeri Kelantan diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada setiap pegawai JPJ yang cemerlang. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd