• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Ambil 16 Sekolah Sebagai Sekolah Angkat

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 16 sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai perintis sekolah angkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu.

Pemangku Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abdul Jalil berkata, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) itu merupakan sebahagian daripada usaha mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Katanya, projek perintis itu turut melibatkan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah sebelum diperluaskan ke sekolah di seluruh daerah secara berperingkat.

“Sebagai permulaan, kita telah memilih sebanyak dua sekolah menengah di setiap daerah sebagai ‘pilot’ projek sebelum kita kembangkan kepada seluruh sekolah.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak JPNT bagi memastikan jenayah melibatkan pelajar terus dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Sekolah Angkat dan Pasukan Pelawat PDRM bersama-sama JPNT di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Hashim berkata, program sekolah angkat ini sebenarnya pernah dijalankan sebelum ini, namun ia tidak begitu menyeluruh dan merupakan kesinambungan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Justeru, katanya pihak polis akan terus memperkasakan fungsi PPS itu bagi memantau pelajar sekolah khusunya mereka berusia antara 13 dan 15 tahun daripada terjebak gejala tidak sihat.

Jelasnya, pada peringkat umur itu pelajar mudah dipengaruhi anasir negatif terutamanya ancaman menerusi laman sosial seperti Facebook dan Internet.

“Kita lihat penggunaan Internet tanpa pengawasan dan berleluasa merupakan ancaman utama kepada para pelajar sekolah zaman kini… memang sukar untuk kita menyekat penggunaan ini jadi semua pihak perlu memainkan peranan,” katanya menambah ibu bapa perlu mengambil berat tindak tanduk anak-anak mereka di luar rumah. – BERNAMA

Tags: PDRMSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd