• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Pulau Pinang Terpaksa Bantu PKR

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang bersetuju menarik balik pendirian untuk memboikot kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua DPP Pulau Pinang. Mohd. Yusni Md. Piah berkata, keputusan itu dibuat semata-mata kerana akur arahan PAS Pusat supaya pihaknya membantu gerak kerja PKR di Permatang Pauh.

“Setelah berbincang maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Yusni bagaimanapun menegaskan, DPP Pulau Pinang tetap dengan pendirian mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu menarik balik kenyataan melampau ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, DPP PUlau Pinang turut menuntut AMK Pulau Pinang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PAS dan Abdul Hadi.

DPP Pulau Pinang sebelum ini memutuskan tidak akan membantu calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

Abdul Hadi dalam satu kenyataan turut bersetuju dengan pendirian DPP Pulau Pinang tersebut dan memberi kebenaran berbuat demikian. – mynewshub.cc

Tags: PASPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd