• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Man Botak Diburu Bantu Siasat Kes Curi Kereta

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis sedang mengesan dan memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Botak bagi membantu siasatan berhubung kes mencuri kereta murah di sekitar negeri ini, Melaka dan Selangor.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 23 tahun dan beralamat di Bukit Beruntung, Selangor itu dipercayai merupakan ketua kumpulan sindiket berkenaan.

“Nama sebenar suspek ialah Muhammad Shahril Izuwan Norzlan dan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek diburu susulan penahanan lapan lelaki berusia antara 28 hingga 55 tahun dalam Ops Lejang pada 15 hingga 21 April di negeri ini, Melaka dan Selangor.

Dalam operasi tersebut, pihak polis merampas lapan buah kereta Proton Wira, Perodua Kancil, Proton Satria, Naza Citra dan Honda Civic.

Pihak polis turut merampas dua buah motosikal, dua enjin kereta dan sebuah rangka kereta,” kata Jaafar.

Beliau berkata kumpulan tersebut dipercayai menyasarkan kereta jenis lama dan murah untuk dicuri sebelum dibawa ke bengkel dan meleraikan komponennya untuk dijual sebagai barang ganti.

“Mereka yang ditahan ada yang bekerja sebagai mekanik, penarik kereta dan pencuci kereta,” katanya.

Kesemua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Jaafar berkata pihak polis dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan sembilan penjaga premis dan 36 wanita warga Vietnam dalam Ops Noda selepas memeriksa empat premis pusat hiburan di daerah ini Jumaat lepas.

Kesemua wanita warga Vietnam yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 45 tahun.

“Dalam operasi itu, pihak polis turut menahan seorang wanita warga China, seorang lelaki warga China, lima lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi keretapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd