• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Tidak Boleh Mengundi PRK Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara atas kesalahan liwat, tidak boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu terkandung dalam undang-undang yang antaranya menerangkan bahawa orang gila, tidak siuman serta banduan tidak boleh mengundi.

“Mengikut undang-undang SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), ada beberapa syarat termasuk had umur dan kategori orang yang dibenarkan mengundi dan tak dibenarkan, antaranya orang gila, tidak siuman dan para banduan.

“Saya telah lakukan penyemakan bahawa tidak ada banduan yang dibenarkan untuk mengundi. Itu bukan saya kata, itu undang-undang kata,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kawasan itu setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui anggota keluarganya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPRK Permatang PauhZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd