• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Sangkal Dakwaan Pemuda UMNO Tak Turun Padang

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyangkal dakwaan kononnya jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kerana merajuk tidak dipilih sebagai calon.

Pemuda UMNO masih dapat dilihat di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 70 anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Muadzam Shah di dataran Muadzam Shah dekat sini, hari ini.

Hishammuddin, yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) untuk PRK Rompin, bagaimanapun berkata jika terdapat sebarang masalah dalam kalangan Pemuda UMNO di peringkat bahagian atau negeri, parti itu akan selesaikan dengan segera.

Beliau turut berkata fokus parti itu sekarang adalah mengenal pasti kaedah untuk memujuk 53,294 pengundi keluar mengundi pada 5 Mei nanti untuk memastikan kerusi Parlimen itu terus milik BN dan bukan pasal isu Pemuda UMNO.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan turut menasihati masyarakat Rompin supaya jangan terlalu mengikut emosi dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan pembangkang.

“Pada masa sekarang, ada sahaja agenda tersendiri untuk menjatuhkan kita (BN), ada sahaja cerita untuk memperlekehkan kepimpinan negara. Dan kalau kita terikut dengan emosi, kemungkinan besar kita akan mengalami ancaman-ancaman dari luar pula.

“Sebenarnya ada had dan batas dalam politik. Rakyat yang harus mengetahui kebenarannya. Jangan disebabkan nyamuk, kelambu dibakar,” katanya.

Hishammuddin apabila diminta mengulas kritikan berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata serangan politik terhadap pemimpin negara adalah perkara biasa dalam dunia politik.

Walau bagaimanapun serangan itu tidak sepatutnya menjejaskan kepimpinan negara dalam menjaga kebajikan rakyat, katanya.

Malah Dr Mahathir pernah memaklumkan semasa beliau menjadi perdana menteri dahulu serangan politik terhadapnya adalah perkara biasa, katanya.

Turut hadir pada majlis itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah Datuk Maznah Mazlan, ADUN Bukit Ibam Wan Kadri Wan Mahussin dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd