• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh Ditahan Bersama 150 Butir Peluru

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang suspek utama yang dikehendaki berhubung kes bunuh di Kelantan dua tahun lalu ditahan awal pagi tadi beserta 150 butir peluru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi di Kampung Amir di sini.

Beliau berkata suspek cuba malarikan diri dengan keretanya ketika dua anggota polis MPV sedang menjalankan tugas rondaan di Jabi, Jerteh.

“Sebaik anggota kita menghampiri kereta tersebut dan meminta pemandunya mengemukakan kad pengenalan diri, suspek terus bertindak memecut keretanya,” katanya.

Suspek yang berasal dari Besut bagaimanpun ditahan selepas itu.

Wan Abd Aziz berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek, pihaknya menemui 150 butir peluru hidup yang diisi dalam tiga kotak peluru, sebilah kapak kecil dan pisau.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 20 biji pil disyaki dadah, peralatan menghisap dadah, pasport antarabangsa serta wang tunai kira-kira RM900.

Suspek merupakan suspek utama dalam kejadian bunuh pada tahun 2013 yang membabitkan kematian seorang mangsa di Kampung Gong Mengkeleh, Jalan Pasir Puteh, Kelantan.

Wan Abd Aziz berkata suspek direman untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 7 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: Jenayahkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd