• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tinjau Persiapan Sidang Kemuncak ASEAN

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melawat venue Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 bagi melihat persiapan menjelang mesyuarat para pemimpin serantau yang akan dipengerusikan buat kali keempat oleh Malaysia.

Pelbagai acara telah diatur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mendahului majlis perasmian pada Isnin, termasuk majlis makan malam gala pada malam sebelumnya bagi meraikan para pemimpin ASEAN yang menghadiri sidang kemuncak tahunan itu.

Semasa lawatan ke KLCC itu, Najib diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri melawat Dewan Pleno KLCC di mana perasmian sidang kemuncak yang akan berlangsung selama dua hari mulai 26 April.

Beliau dilihat meninjau, antaranya susunan tempat duduk para pemimpin serta sistem audio.

Perdana Menteri, yang kemudiannya disertai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, juga diberi taklimat mengenai apa yang diatur pada majlis makan malam gala yang dihoskan beliau dan Rosmah.

Semasa ditanya pemberita mengenai raptai persembahan yang disediakan pada majlis makan malam gala berkenaan, Najib menyatakan rasa puas hatinya dengan berkata: “Saya gembira dengan persembahan itu. Ia menarik.”

Sidang kemuncak berkenaan akan didahului dengan siri mesyuarat awal pada Ahad, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di mana Malaysia akan diwakili oleh Datuk Seri Anifah Aman.

Program pada Ahad juga termasuk Forum Kepimpinan ASEAN Ke-12.

Sidang Kemuncak pada 26-27 April diadakan di dua lokasi iaitu di ibu negara, Kuala Lumpur dan pulau Langkawi di utara negara.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada 10 negara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 1977, 1997 dan 2005. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd