• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Nafi Dakwaan Pemuda UMNO Mahu Jatuhkan Presiden Parti

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menafikan wujud gerakan dalam pergerakan itu yang mahu menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menegaskan dakwaan itu bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.

Beliau berkata dakwaan itu adalah rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengadu domba terhadap pemimpin UMNO.

“Ada usaha pecahkan perpaduan antara pemimpin UMNO terutama antara saya dan presiden UMNO. Saya lihat ini usaha lagakan presiden parti dan Pemuda UMNO terutama saya sebagai ketua.

“Gerakan ini tidak wujud. Ia telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku) Mansor,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mendakwa lima pemimpin Pemuda UMNO pusat mengadakan mesyuarat dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin, Pahang untuk menjatuhkan Najib.

Khairy menegaskan beliau tidak bersikap “baling batu sembunyi tangan” dengan mengarahkan orang di bawahnya untuk membuat gerakan seperti itu.

“Saya takkan ‘baling batu sembunyi tangan’ dengan minta macai-macai saya buat gerakan dan sebagainya. Kalau tak setuju saya cakap, tak sokong saya cakap, tetapi saya sokong presiden.

“Kalau nak buat sesuatu saya tak mintak orang saya, naib saya, exco buat kerja macam tu. Saya akan buat sendiri,” katanya.

Katanya adalah sesuatu perkara yang biasa untuk pergerakan itu membincangkan isu nasional secara tertutup tetapi itu tidak bermakna mereka tidak menyokong presiden.

“Apa salahnya bincang (isu nasional). Yang jadi masalah ada yang cuba berikan tafsiran berbeza dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Saya dah check (semak) benda tu tak berlaku (gerakan berkenaan),” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan Pemuda UMNO akan mengambil tindakan terhadap portal berita itu, Khairy berkata tindakan melayan laporan-laporan di portal berita seperti itu hanya membuang masa.

“Yang penting penjelasan telah diberi.

Presiden difahamkan dah terima penjelasan Pemuda. Saya beri sokongan kepada presiden, presiden beri kepercayaan pada saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd