• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wira Ksatria Baja Hitam Muncul Semula Di Jepun

oleh
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kamen Rider yang pernah popular menerusi stesen TV negara kita awal 1980-an lalu dengan nama ‘Ksatria Baja Hitam‘ ternyata tidak hanya sekadar watak wira yang muncul di kaca televisyen atau layar filem.

Di Jepun, susuk lelaki gagah pembela kebenaran menjadi sensasi apabila pengguna media sosial tempatan kecoh mendakwa berjaya merakamkan aksi hero ini menunggang motosikal seolah-olah karakter ini benar-benar wujud.

Malah dilaporkan kerja lelaki ini menyerupai watak wira berkepala belalang, Taksehi Hongo dalam siri fiksyen adaptasi manga popular Jepun tersebut iaitu membanteras kejahatan dan mengejar pemandu mabuk di jalanan.

Namun akhbar-akhbar tempatan melaporkan, satria misteri tersebut sebenarnya ialah seorang sami agama Shinto bernama Shinjiro Kumagai yang setiap hari sang pahlawan bertopeng itu mencari pesalah di kota Kitakyushu.

Dia hanya melakukan kerja amal tersebut setelah selesai tugas rutin hariannya membuat patung daripada bahan aluminium selain menyelia kuil Shinto Gokurakuji di kota utara wilayah Fukuoka di Pulau Kyushu itu.

Ini bermakna kelibat Kamen Rider hanya muncul dari lewat petang sehingga subuh keesokan hari kerana selepas waktu itu, Kumagai akan sibuk semula dengan pekerjaan hakikinya di rumah ibadat penganut Shinto tersebut.

“Saya sangat fanatik dengan watak Hongo sebagai Kamen Rider 1 yang menjadi idola saya,” ujarnya dengan turut dibantu beberapa anggota pasukan polis peronda trafik bandar raya Kitakyushu memburu pesalah lalu lintas.

Jangan bimbang, berbeza dalam siri Ksatria Baja Hitam apabila si penjahat dimusnahkan, sebaliknya pemandu kenderaan yang ditangkap Kumagai tidak akan dibunuh kejam, sebaliknya diserahkan kepada pihak polis.

“Dia sangat berdedikasi. Anak-anak kami bahkan suka melihatnya keliling kota waktu malam. Bayangkan jumlah pesalah trafik di sini pun turun kerana aksinya,” kata seorang penduduk tempatan bernama Kageki Umeta.

Kos pembuatan kostum Kamen Rider 1 dan mengubah suai motosikal menjadi mirip sang pahlawan fiksyen itu memang mahal, namun Kumagai mengaku secara jujur, dia tidak banyak mengeluarkan wang poket sendiri.

Mujur, pengelola kuil membantu dirinya membiayai kos operasi supaya dia boleh memberi fokus dalam menjalankan tugas sukarelawan sebagai satria baja hitam tersebut dengan lebih efektif dan optimum.

“Ketua pendeta kuil, tuan guru Fukumitsu, secara kebetulan juga menjadikan Kamen Rider 1 dan 2 sebagai idola. Tetapi kerana faktor usia, dia ingin saya sendiri menjalankan tugas ini bagi pihak dirinya,” kata Kumagai.

Kamen Rider sebanyak 98 episod pernah menjadi fenomena kanak-kanak di seluruh dunia apabila disiarkan stesen televisyen selain lapan sekuel filem tersebut ditayangkan di pawagam. – Agensi/A.AMREE

Tags: fiksyenjepunKsatriamotosikalsatriaShintotrafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd