• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Bawa Peluru Hidup Di LTAPP

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gara-gara membawa tiga butir peluru hidup, seorang lelaki rakyat Indonesia ditahan ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki tersebut dikesan membawa objek mencurigakan ketika melalui mesin pengimbas di pintu masuk Balai Pelepasan Antarabangsa dalam pemeriksaan pukul 10.30 pagi itu.

“Peluru jenis .32 R.P. Auto itu ditemui dalam beg sandang lelaki berumur 41 tahun terbabit dan dia sepatutnya berlepas ke Medan pada 12 tengah hari semalam,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Lai berkata lelaki itu bertugas sebagai pegawai penjara di pejabat Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (HAM) Wilayah Sumatera Utara, namun tiada sebarang surat kebenaran untuk membawa peluru dikemukakannya.

Lai berkata pihak Konsulat Indonesia telah dimaklumkan mengenai kejadian dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru tanpa kuasa sah. – BERNAMA

Tags: pelurupolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd