• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lumpuh Kegiatan Samun ‘Geng Black’

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis melumpuhkan kegiatan samun sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka ‘geng black’ ekoran tertangkapnya lima lelaki dan seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di sini, petang semalam.

Kumpulan tersebut dipercayai bergiat aktif dalam beberapa kes samun di sekitar bandar ini, sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis bertindak menyerbu sebuah rumah di Taman Mahkota dekat sini pada 5.30 petang, setelah melakukan intipan selama tiga jam.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 35 tahun…tiga daripada mereka penagih tegar syabu.

“Polis juga menemui sebilah parang, pisau panjang, sebuah komputer riba, lima telefon bimbit, 12 keping kad tambah nilai, wang tunai RM309, empat beg silang, dua helai t-shirt dan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, suspek berusia 35 tahun itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau, manakala suspek berumur 29 tahun memiliki dua rekod jenayah termasuk dikehendaki polis berkaitan laporan Balai Polis Jaya Gading di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara, dua lagi lelaki berusia 23 dan 27 tahun, yang ditangkap itu didapati tiada rekod jenayah.

Abdul Aziz berkata susulan tangkapan dan hasil soal siasat ke atas suspek, sepasukan anggota polis kemudian bertindak memburu beberapa lagi anggota kumpulan tersebut.

“Hasil serbuan sejam kemudian (6.30 petang) ke atas sebuah rumah di Kampung Padang Jaya dekat sini, seorang wanita berusia 26 tahun ditahan.

“Seorang lagi lelaki berusia 38 tahun turut ditangkap di Jalan Mat Kilau dalam serbuan berasingan sejurus kemudian. Dengan tertangkapnya enam suspek ini, polis percaya ‘geng black’ berjaya dilumpuhkan sepenuhnya,” kata Abdul Aziz.

Beliau berkata polis percaya hasil samun itu digunakan untuk membiayai keperluan membeli dadah kumpulan terbabit. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd