• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 24 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Di Tanjung Sirik

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kuching menahan 22 nelayan dan dua tekong bot nelayan asing ketika menangkap ikan secara haram di perairan negara, 76 batu nautika barat laut Tanjung Sirik, pagi semalam.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching, Komander Shahref Steve Mcqueen Abdullah berkata ketika menjalankan rondaan, pihaknya terserempak dengan dua buah bot sedang menangkap ikan menggunakan pukat ganding yang diharamkan penggunaannya di negara ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua awak-awak warga Vietnam termasuk dua tekong yang berusia antara 20 hingga 40 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahref berkata pemeriksaan mendapati semua bot dan nelayan terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, iaitu tidak memiliki permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Berikutan itu, pihaknya menahan bot berkenaan dan merampas hasil tangkapan ikan bernilai kira-kira RM150,000.

Beliau berkata bot berkenaan ditunda ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd