• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira 400 Anggota Media Bertugas Di Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kira-kira 400 petugas media dari dalam dan luar negara terlibat dalam membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang dijadual 7 Mei ini.

Jumlah itu adalah berdasarkan bilangan petugas media yang telah mendaftar dengan Jabatan Penerangan sehingga kini, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman di sini hari ini.

“Bilangan itu adalah antara yang teramai pernah terlibat dalam pilihan raya kecil dan kami jangka jumlah itu akan bertambah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Pusat media yang terletak di Kolej Komuniti Seberang Jaya, di sini, dilengkapi bilik media dengan kemudahan Internet dan komputer serta petugas yang membantu media mendapatkan maklumat tambahan.

Ibrahim berkata semua petugas media dan petugas agensi kerajaan boleh menggunakan pusat media itu yang telah memulakan operasi semalam.

“Kami buka pusat media itu mengikut keperluan dan saya harap kemudahan yang telah disediakan di situ mencukupi untuk media gunakan sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 120 petugas Jabatan Penerangan akan bertugas sepanjang PRK Parlimen Permatang Pauh dengan lima petugas ditempatkan di setiap daerah mengundi.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi PRK itu. – BERNAMA

Tags: mediaPRK Permatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd