• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Samun Bersenjata Api Di Kinabatangan, Polis jejaki 7 Lelaki

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis sedang menjejaki tujuh lelaki warga asing untuk membantu siasatan dua kes samun bersenjata api dan bunuh di Ladang Tong Sang Plantation serta Ladang Malangking di Kinabatangan pada 13 April dan 17 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata tujuh lelaki itu dikenali sebagai Habil (Manong), Mimil, Jas, Asis, Jiman, Ejin dan Sarani.

Orang ramai yang mengetahui kedudukan mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat dan balai polis yang berhampiran, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Polis Sandakan ASP Majari Awal Jari di talian 013-8013536 atau Pegawai Penyiasat Jenayah Polis Sandakan Kinabatangan Insp Syamsuri Hamat 019-5864733.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di talian 08-9863181.

Dalam kejadian di Ladang Tong Sang Plantation, seorang pengurus ladang berusia 50 tahun mati ditembak manakala pemilik ladang berusia 30 tahun cedera parah selepas disamun dua pekerja ladang itu yang bersenjatakan pistol di pejabat ladang itu.

Di Ladang Malangking, seorang peniaga lelaki berusia 50 tahun cedera parah selepas terkena satu das tembakan di dada selepas cuba dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol setelah menahan kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd