• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNITEN Mahu Jelajah Negara Guna Kereta Solar

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Pasukan Solar Ranger Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mahu mencipta rekod melakukan jelajah ke seluruh negara menggunakan kereta Solar Ranger 3 (SR3).

Pengarah pasukan itu, Halil Hussain berkata SR3 yang kini dalam proses pembangunan dijangka mula melakukan jelajah bagi mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’ pada Ogos 2016.

“Sambil melakukan jelajah kita juga akan berkunjung ke beberapa sekolah angkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara untuk memperkenalkan teknologi solar kepada pelajar,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Muadzam Shah dekat di sini hari ini.

Beliau berkata jelajah mencipta rekod itu juga sebagai persediaan sebelum mempertaruhkan jentera SR3 di ‘World Solar Challenge 2017’ di Australia.

Mengulas lanjut, Halil berkata kereta SR3 yang sedang dibina akan menggunakan bahan asas yang lebih baik dan ringan daripada dua edisi awal kereta solar itu iaitu Solar Ranger 2 dan 1.

“Antara perkara yang akan dinaik taraf ialah penggunaan gentian karbon atau kevlar sebagai badan kereta dan menggunakan panel solar yang lebih baik selain tayar yang lebih besar dengan ciri keselamatan yang lebih baik.

“Panel solar yang baik mampu membekalkan 34 peratus tenaga yang diserap untuk penggunaan kereta berbanding hanya 18 peratus tenaga diperoleh jika menggunakan panel solar biasa,” katanya.

Jelasnya kereta SR3 juga dibina dengan badan yang menggunakan teknologi ‘aerofoil songsang’ bagi memastikan kereta solar dengan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam itu tidak terbang ke udara.

“Teknologi aerofoil songsang ini akan memastikan kereta itu bersifat aerodinamik dan mampu mengekalkan kereta solar itu di tanah dan tidak terapung,” katanya.

Pasukan Solar Ranger berada di Rompin bagi memperkenalkan kereta solar mereka kepada pelajar sekolah angkat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan turut mengambil peluang mengadakan pameran sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini.

Antara sekolah yang akan dikunjungi ialah Sekolah Menengah Agama Pahang, Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah dan Sekolah Kebangsaan Kedaik iaitu salah sebuah sekolah Orang Asli, dekat sini. – BERNAMA

Tags: solar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Risen Energy Co Ltd Melabur RM42.2 Bilion Di Malaysia

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar modul solar kelima terbesar dunia, Risen Energy Co Ltd yang berpangkalan di China melabur RM42.2...

PLUS Lancar Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Berasaskan Solar

13/12/2018
0

MELAKA - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berasaskan solar yang pertama di negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd