• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Saja Cantik, Menantu Sultan Brunei Qariah Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lalu, Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang.

Pasangannya, Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah turut menjadi perbualan ramai apabila tampil mempersona dengan persalinan mewah termasuk sepatu bertatah berlian dan perhiasan dari emas serta permata.

[GAMBAR: Majlis Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei]

SUBHANALLAH ! Isteri Pengiran Muda Brunei Raja Abdul Malik, Qariah Terbaik Dunia ! (1) SUBHANALLAH ! Isteri Pengiran Muda Brunei Raja Abdul Malik, Qariah Terbaik Dunia ! (3)

Namun, selain dari kecantikkannya, tak ramai yang tahu bahawa Rabiaatul pernah menyertai pertandingan ratu cantik muslimah dan dinobatkan sebagai qariah terbaik dunia.

Menurut laporan, pada tahun 2013, Adawiyah pernah menyertai pertandingan ‘Miss World Muslimah’ dan berjaya merangkul gelaran ‘The Best Muslimah Al-Quran Recital’ setelah berjaya memperdengarkan bacaannya dengan lancar.

Ia turut diakui sendiri oleh suaminya, Pengiran Abdul Malik dalam satu luahannya terhadap Adawiyah. Jelasnya lanjut, isterinya itu sememangnya memiliki sifat-sifat wanita yang sangat sopan dan terpuji.

“Yang Mulia Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah terbiasa dengan didikan keagamaan dan sikap bersopan santun daripada kedua-dua ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain, bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang dimilikinya.

“Berkat didikan keagamaan yang begitu kuat daripada sekolah agama lagi serta bimbingan daripada ayahanda dan bonda yang begitu memperhatikan pendidikan agama, lebih-lebih lagi bondanya Pengiran Hajah Noor’aismah binti Pengiran Haji Ismail, seorang guru agama mengajar pelajaran Al-Quran telah memberi inspirasi kepadanya mengikuti beberapa peraduan membaca Al-Quran antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 2005 dan mengikuti Skil Tilawah Al-Quran remaja pada 2008, di samping pernah mengikuti program Membaca Mandiri Minda di Sekolah Menengah Mengliat pada 2005. Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Quran Recital) keseluruhan dari semua aspek pada 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut paut dengan aktiviti keagamaan.”

Bahkan, Pengiran Abdul Malik turut mengharapkan agar sikap positif yang dimiliki suri hatinya itu dapat menjadi inspirasi dan teladan kepada kaum hawa di negaranya.

Bukan sahaja menawan dan sedap mata memandang, Dayangku Raabi’atul Adawiyah turut membuktikan dirinya memiliki harta paling berharga iaitu ilmu.

– MYNEWSHUB.CC

Sedutan Foto Perkahwinan Mega Anak Sultan Brunei

Tags: BruneiperkahwinanSultan Brunei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Tujuh Pemain Bola Sepak Mengaku Salah Cederakan Pasukan Lawan

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

22/02/2024
0

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd