• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cef Ilham Filem Ratatouille Diiktiraf Terbaik Di Dunia

oleh
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Wanita kelahiran Perancis, Helena Darroze, 48 tahun; yang mencetuskan ilham kepada watak tikus ‘si tukang masak’ dalam filem animasi terkenal Ratatouille, semalam diiktiraf sebagai cef terbaik di dunia.

Perkara itu diumumkan majalah makanan berprestij Britain, Restaurant pada Rabu dan beliau bakal menerima hadiah Madame Veuve Clicquot 2015 menerusi majlis Anugerah 50 Restoran Terbaik Dunia di sini Jun depan.

Darroze yang sering berulang-alik antara Britain dan Perancis bertugas sebagai cef restoran di London dan Paris; sebenarnya generasi keempat tukang masak dalam keluarganya yang pernah memiliki sebuah restoran di Landes.

Berbekalkan pengalaman suka memasak ‘pencuci mulut’ untuk makan malam keluarganya sejak berumur 12 tahun, Darroze pernah dibimbing cef ternama, Alain Ducasse sejak 1995 yang mengambil alih restoran keluarganya.

Dia menjadi terkenal pada usia 32 tahun apabila membuka restoran dengan nama sendiri di sebalik kesibukan untuk membesarkan dua anak angkat perempuan: Charlotte, kini lapan tahun; dan Quiterie, enam tahun.

Kejayaan itu memberi ilham kepada Darroze mencipta watak imaginasi tikus bernama Remy yang mahir memasak di restoran Perancis dalam filem popular ‘pecah panggung’ keluaran Walt Disney Pictures, Ratatouille pada 2007.

Malah nama Ratatouille dalam filem itu sebenarnya ialah pencuci mulut dalam bahasa Perancis bersempena bakat Darozze dalam menyediakan ‘hidangan penutup’ yang banyak dipelajari daripada rahsia petua datuknya sendiri.

Beliau dipilih hasil pengundian hampir 1,000 pakar industri makanan seluruh dunia yang menjadi ahli kepada World’s 50 Best Restaurant Academy anjuran pengeluar kad kredit antarabangsa, Diner’s Club. – Agensi/A.AMREE

Tags: cefFILEMPerancisRatatouillerestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd