• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisih Hudud, PAS Pmtg Pauh Gesa Wan Azizah Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG hari penamaan calon di kawasan Parlimen Permatang Pauh kurang 48 jam sahaja lagi, hubungan antara PAS dan PKR dilihat terus malap dan tiada tanda-tanda bakal pulih.

Dalam laporan terkini, PAS Permatang Pauh tetap dengan pendiriannya untuk menanti permohonan maaf daripada Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah kerana menolak pelaksanaan hukuman Hudud.

Menurut Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, keputusan tersebut tetap dilakukan setelah ia sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat agung tahunan bahagian pada Ahad lalu.

[Hadi Hormat Keputusan PAS Permatang Pauh Nak Boikot PR]

KAJANG BY ELECTION

Memetik kenyataan Omar menerusi laporan The Malaysian Insider, “Dia kena minta maaf kepada PAS sebab kesilapannya di situ ialah tolak Hudud.

“Kami akan mengekalkan pendirian kami sehingga permintaan kami dipenuhi atau sehingga arahan diberi presiden kami.”

Ujarnya lagi, ahli kawasan itu tidak akan mengambil kira mana-mana pandangan lain selain arahan yang dikeluarkan Presiden mereka sendiri, termasuk dari Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan kawasa tersebut, Jamsari Samad, PAS sukar untuk mengadakan kerjasama dengan PKR andai terdapat percanggahan pendapat dalam soal Hudud.

Menurutnya lagi, situasi tersebut akan menyukarkan pihaknya untuk membuat penerangan kepada bakal pengundi tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah tersebut.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dikemukakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat.

Ia sekaligus menyebabkan Ketua Pembangkang itu menghadapi hukuman penjara selama lima tahun dan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon pada 25 April manakala hari pengundian pada 7 Mei depan.

– MYNEWSHUB.CC

PKR Yakin PAS Beri Kerjasama Di PRK Permatang Pauh

Tags: PASPKRPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media didakwa oleh Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Parti...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd