KOTA TINGGI – Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi kerana membunuh seorang janda di sebuah taman rekreasi dekat bandar Mersing, dua minggu lalu.
Tertuduh, Faizal Salleh, 38, mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Mazana Sinin.
Faizal dituduh membunuh Nik Nurzilawati Akmar Affandi, 35, antara jam 11 malam, 12 April hingga 12.30 tengah malam, 13 April lalu di Taman Rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik, Mersing.
– Berita Harian Online

