• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengamal Media Sosial Harus Berwibawa Dalam Sebar Maklumat

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengamal media sosial harus bersikap ikhlas, inklusif dan berwibawa dalam menyebarkan maklumat selaras dengan kadar akses internet yang lebih tinggi oleh masyarakat masa kini.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata apa-apa yang ditulis oleh media sosial dapat dikongsi dengan pantas dengan bilangan besar pembaca dalam talian.

“Pengamal media sosial perlu memastikan hasil laporan, tulisan dan ulasan mempunyai fakta yang betul bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang benar,” katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Sedunia 2015 di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Turut hadir presiden dan pengasas Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul hameed and naib presidennya, M. Ezzat Emir.

Khairy berkata media sosial perlu sentiasa berhubungkait dengan komuntiti dan memberi maklum balas dalam masa nyata sekiranya ada wujud isu yang dibangkitkan oleh masyarakat.

“Pembaca kini bukan seperti dulu…mereka boleh memberi respons dengan serta-merta jika ada isu dan pengamal media sosial perlu sentiasa bersedia dengan memberi jawapan pada masa nyata,” katanya.

Pada majlis itu, ‘Star Online’ dan ‘Harian Metro’ masing-masing dipilih sebagai pemenang Anugerah Media Sosial Terbaik bagi ketegori Berita Online Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pelakon wanita, Nora Danish dipilih sebagai Selebriti Media Sosial Terbaik 2015 kerana aktif dalam sosial media dengan hampir 1.8 juta pengikut dalam Instagram, 1.49 juta (Twitter) dan 365,933 dalam Facebook.

Guru kauseling, Asma Amhad memenangi kategori Blog Berita Terbaik menerusi blognya www.cgkaunseling.blogspot.com.

Pemenang Lain:
——————–
Blog Makanan Terbaik; Squall Chin Ze Kheng (www.aquallcuisine.com)

Blog Gajet dan Teknologi Terbaik: Kamarul Azwan (www.ohsem.me)

Blog Hiburan dan Gosdip Terbaik: Leo Lim (www.spinorbinmusic.com)

Blog Gaya Hidup Terbaik: Mohd Izhar (www.akupenghibur.com)

Blog Fotografi Terbaik: Tarmizi Md Shukri (www.tarmizishukri.com)

Blog Beli-Belah Terbaik: Siti Zahidah Hussin (www.telekung.com)

Blog Sukan Terbaik: Melastik Bintang (www.motorsportsroom.my)

Blog Melancong Terbaik: Muhamad Afif (www.timetravelafif.blogspot.com).

– BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd