• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Pegang Xperia, James Bond Dibayar Hampir RM18 Juta

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, hanya memegang sebuah telefon bimbit, pelakon British yang terkenal dengan watak perisik James Bond iaitu Daniel Craig akan menerima bayaran mencecah RM18 juta.

Memetik laporan dari portal Mirror, satu kiriman email yang diterima mendedahkan tentang pembayaran lumayan sebanyak RM17.85 juta oleh syarikat Sony kerana menggunakan telefon bimbit jenamanya dalam siri Bond terdahulu, Skyfall.

Dalam salah satu babak, Bond dilihat menulis pesanan mesej melalui gajet tersebut yang tertera ‘EWA FLIGHT 226 9pm’ yang merujuk kepada nombor penerbangan yang dinaiki lawannya.

Sony-Xperia-T

Setelah kejayaan penampilan produk (product placement) dalam Skyfall, Sony dikatakan ingin meneruskan usaha sama untuk tampil dalam siri berikutnya iaitu Spectre yang dijangka ditayangkan tahun ini.

Walau bagaimanapun, syarikat gergasi Samsung yang juga pesaingnya telah membuat tawaran lebih tinggi untuk muncul dalam filem berkenaan.

Lantas itu, penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta Sony meningkatkan tawaran mereka.

Namun demikian, sehingga kini wakil dari pihak Sony mahupun Craig sendiri gagal untuk mengulas lanjut berkenaan dakwaan itu.

– MYNEWSHUB.CC

Trailer James Bond 2015 – Spectre

Tags: artis luar negarabintang hollywoodFILEMhollywood
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd