• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naik Taraf Lapangan Terbang Lahad Datu Rancakkan Sosioekonomi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu di sini dijangka dapat meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat dengan penambahan jumlah kedatangan pelancong ke daerah itu.

Anggota Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur berkata apabila siap kelak, lapangan terbang itu mampu membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi membawa lebih ramai penumpang mendarat.

“Bila pesawat besar mendarat, ramai pelancong akan ke sini melawat kampung nelayan atas air serta beberapa pulau yang ada di Lahad Datu. Ia dapat tingkatkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 Persatuan Nelayan Lahad Datu, di sini baru-baru ini.

Katanya, buat masa ini hanya pesawat ringan yang dikendalikan MASWings beroperasi lima kali sehari membawa 70 penumpang bagi setiap penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lahad Datu.

Projek menaik taraf landasan berkenaan diumumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi pada November lepas ketika melakukan lawatan kerja di lapangan terbang berkenaan.

Projek naik taraf landasan dari 1.3km kepada 1.8km itu akan dilaksanakan di kawasan tanah rizab lapangan terbang seluas 153.7 hektar.

Menurut Nasrun, sebanyak RM50 juta diperuntukan di bawah Bajet 2015 bagi projek berkenaan yang kini sedang dalam proses pengurusan dan rundingan antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, projek berkenaan juga dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat menikmati kadar tambang murah dan memendekkan masa perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. – BERNAMA

Tags: EkonomiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd