• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Wushu Tai Cheau Xuen Sumbang Emas Pertama Di Incheon

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen mencipta kejutan apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama negara dalam temasya Sukan Asia ke-17 di Gimnasium Ganghwa Dolmens, dekat sini, hari ini.

Kehadiran juara dunia Wei Hong dari China ternyata tidak menggugat konsentrasi dan semangat Tai untuk memperagakan aksi cemerlang dalam acara gabungan Nanquan/Nandao.

Atlet berusia 24 tahun itu, yang merangkul pingat gangsa pada edisi 2010 di Guangzhou, China, mengumpul markah tertinggi iaitu 19.23 mata untuk meraih emas, sekali gus menyingkirkan dua pencabar terdekat iaitu Juwita Niza Wasni dari Indonesia dan Wei Hong.

Juwita Niza merangkul pingat perak dengan ketinggalan 0.04 mata manakala Wei Hong meraih pingat gangsa dengan kutipan 19.15 mata.

Sementara itu, pesserta veteran negara Diana Bong Siong Lin hanya menduduki tangga tercorot dengan 18.25 mata.

Tai, yang berasal dari Negeri Sembilan itu, menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

“Sebelum datang ke sini, saya ada membuat sasaran untuk mendapat pingat, namun tidak percaya dapat memenangi pingat emas kerana beberapa atlet handalan turut beraksi dalam acara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pingat emas yang dimenangi bukan milik peribadi tetapi dihadiahkan kepada semua rakyat Malaysia yang telah banyak memberi sokongankepada atlet negara yang beraksi di Incheon.’

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia kerana telah banyak membantu saya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Juwita Niza berkata beliau berpuas hati dengan pencapaiannya walaupun gagal meraih pingat emas.

“Rezeki adalah milik masing-masing dan saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya capai hari ini,” katanya yang berasal dari Medan, Indonesia.

Atlet berusia 18 tahun itu berkata beliau menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat jam sehari bagi membuat persiapan sebelum ke Incheon. – BERNAMA

Tags: atletSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd