Selain Winter Sonata, drama bersiri Boys Over Flower (BOF) merupakan antara drama popular yang pernah mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Khas buat peminat dunia hiburan Korea Selatan, bintang yang pernah menerajui drama BOF iaitu Le Min Ho bakal berada di Kuala Lumpur pada Jumaat ini bagi menjayakan satu acara.
Pelakon kacak itu hadir di negara ini sebagai duta kepada 11street yang merupakan pusat beli belah online yang bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hujung minggu ini.
Bagi peminat tegar bintang Korea ini, anda dijemput untuk menghadiri acara yang bertempat di NU Sentral pada jam 5 .00 petang, Jumaat ini.
Lee Min Ho selaku jurucakap dan duta akan ditemani oleh pelakon Malaysia, Emily Chan yang turut dilantik tugas yang sama. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=IT5M3VAJdWQ


