• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel

oleh AK-47
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sistem Pertahanan Peluru Berpandu THAAD Korea Selatan Dilapor Dipindahkan Ke Israel
Share on FacebookShare on Twitter

Langkah Terdesak?

SEOUL – Media Korea Selatan dilapor menyiarkan rakaman yang menunjukkan sistem pertahanan peluru berpandu THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) sedang dipindahkan dari sebuah lokasi di negara itu, dipercayai untuk dihantar ke Israel.

Menurut laporan tersebut, kesemua enam kenderaan pelancar (launcher vehicles) yang merupakan komponen utama sistem pertahanan itu dilihat meninggalkan tapak penempatan.

Selain pelancar, komponen lain termasuk radar pengesan serta unit kawalan tembakan juga dijangka akan dipindahkan dalam operasi yang sama.

THAAD merupakan sistem pertahanan peluru berpandu canggih yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat bagi memintas peluru berpandu balistik pada peringkat akhir penerbangan.

Sistem THAAD Korea Selatan dioperasikan tentera Amerika Syarikat (AS) sendiri di Daerah Seongju.

Langkah pemindahan sistem tersebut memperlihatkan Israel menerima hentaman peluru berpandu balistik yang padu pada Iran setiap malam.

Setakat ini, pihak tentera Amerika Syarikat mahupun kerajaan Korea Selatan belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tujuan sebenar pemindahan sistem pertahanan tersebut.

Namun pemerhati ketenteraan berpendapat langkah itu berkemungkinan sebahagian daripada usaha memperkukuh pertahanan Israel terhadap ancaman peluru berpandu di tengah konflik yang semakin memuncak. –MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/FurkanGozukara_20260311__2031743473548730438_1_20317434023671971840.mp4
Tags: Isu THAADKorea
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Korea Utara Letupkan Resort Korea Selatan

13/04/2022
0

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang yang sebelum ini menjadi simbol keamanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd