• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Sekolah Di Permatang Pauh Jadi Pusat Mengundi

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sejumlah 24 daripada 35 buah sekolah di Permatang Pauh akan dijadikan pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, Fauzi Omar berkata, lapan daripadanya ialah sekolah menengah manakala selebihnya sekolah rendah dan sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan sekolah masing-masing terletak dalam kawasan Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan Dun Penanti.

“Sekolah terlibat akan bercuti pada hari berkenaan dan hari persekolahan gantian tidak semestinya dibuat pada hari Sabtu minggu yang sama…terpulang kepada keperluan semasa pengurusan sekolah.

Wakil pihak berkaitan telah melawat sekolah yang akan dijadikan pusat pembuangan undi itu dan surat pekeliling mengenainya telah diedarkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NskIerjAZVs

Tags: PRK Permatang PauhSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd