• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Syabu Bernilai RM1.05 Juta

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 5.52 kg bernilai RM1.05 juta dalam tiga kes berasingan pada bulan ini.

Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim berkata ketiga-tiga kes berkenaan menggunakan modus operandi iaitu penyeludupan melalui bagasi dan perkhidmatan penghantaran cepat yang dikirim ke alamat yang tidak wujud.

Dua lelaki warga Nigeria turut ditahan pada 5 dan 16 April lepas berkaitan kes cubaan menyeludup dadah itu, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam kes pertama, pihaknya menahan seorang lelaki Nigeria berumur 25 tahun bersama dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 2.49 kilogram bernilai RM474,050 yang disembunyikan di bahagian lutut seluar jeans di KLIA pada 7.20 malam, 5 April lepas.

“Siasatan mendapati suspek telah dua kali datang ke Malaysia dan merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta yang telah ditutup di Kuala Lumpur. Dalam salah satu beg dibawa suspek, pihak kastam telah menjumpai beberapa helai seluar jeans dan dibahagian lutut seluar itu dijahit khusus untuk menyorok dadah,” katanya.

Chik Omar berkata kes kedua berlaku pada pukul 11.20 pagi 16 April lalu apabila kastam menahan seorang lagi lelaki Nigeria berusia 34 tahun dan merampas 1.33 kilogram syabu bernilai RM253,080 yang disembunyikan di dalam tin makanan.

“Suspek itu ditahan di kawasan pangsapuri Taman Sentosa, Klang setelah menerima sebuah bungkusan dari syarikat penghantaran cepat. Siasatan awal mendapati bungkusan itu dikirim dari Lagos kepada suspek yang datang ke Malaysia sejak 2013 dan bekerja dengan sebuah gudang alat ganti kereta haram di Klang, Selangor,” jelasnya.

Kes terbaharu berlaku semalam apabila pihak Kastam merampas sebuah bungkusan yang tiba dari Dalhui Zhiou, China mengandungi 1.7 kilogram syabu bernilai RM324,900 disembunyikan di dalam kasut sukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan daripada 25 pasang kasut sukan disembunyikan dengan 34 paket serbuk kristal jernih putih yang diuji methamphetamine,” katanya.

Chik Omar berkata pihaknya percaya kes ketiga ini berkait rapat dengan kes kedua, namun siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik bungkusan itu.

Katanya salah seorang suspek itu telah dituduh mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala seorang lagi masih direman mengikut akta yang sama. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=D5jVUGT1cOY

Tags: KastamSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd