• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Terlibat Kegiatan Samun Bersenjata

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun bersenjata di sekitar daerah Timur Laut, ditahan dalam dua serbuan di Air Itam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil risikan, sepasukan polis menahan lelaki pertama berusia 23 tahun di Kampung Melayu kira-kira pukul 2.30 petang manakala rakannya juga berumur 23 tahun ditahan sejam kemudian di Bandar Baru Air Itam.

“Dua lelaki itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang kerugian RM1,500 selepas disamun dua lelaki di sebuah bangunan di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.

“Ketika kejadian mangsa sedang bertugas di bangunan berkenaan apabila dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampirinya dan seorang daripada mereka memegang sebilah parang sambil mengarahkan pengawal keselamatan terbabit diam serta menyerahkan wang tunai, jam tangan berjenama dan telefon bimbit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata setelah mengambil barangan mangsa, dua lelaki terbabit, seorang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan seorang lagi menganggur, melarikan diri.

Mior Faridalatrash berkata susulan penahanan dua lelaki berkenaan, polis menemui semula barangan milik mangsa iaitu telefon bimbit dan jam tangan serta merampas sebilah parang.

Katanya polis turut merampas sebuah motosikal, telefon bimbit, serangkai kunci dan topi kaledar daripada dua lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan dua lelaki yang positif dadah itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd