• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rekod 16 Kes Dengan Nilai Rampasan RM1 Juta Di Tawau

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Enam belas kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan kira-kira RM1 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Operasi Khas Bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), di sekitar daerah Tawau semalam.

Pengarah Penguatkuasanya, Mohd Roslan Mahayudin berkata kesemua rampasan itu hasil operasi besar-besaran yang dijalankan dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan dan premis, yang telah dikenal pasti dalam risikan selama tiga bulan selepas menerima maklumat awam.

Katanya dalam operasi melibatkan 50 penguatkuasa KPDNKK, beberapa pegawai ESSCom dan polis itu, 16 kes direkodkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu lima kes gagal menyelenggara buku stok; menyimpan barang kawalan melebihi kuantiti yang dibenarkan (tiga); kesalahan berurus niaga tanpa lesen (empat) dan memiliki barang kawalan dalam keadaan syak untuk melakukan kesalahan (empat).

“Antara barangan yang dirampas ialah 2,000 tong gas petroleum cecair (LPG), 135,000 liter diesel dan beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan dalam aktiviti menyalahi undang-undang itu termasuk lima buah lori dan 11 unit tong drum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata rampasan itu merupakan tangkapan terbesar KPDNKK di Sabah tahun ini.

Sementara itu, Mohd Roslan berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan usaha untuk menangani isu ketirisan dan penyelewengan barang kawalan terutamanya bahan api dan tong gas LPG.

“Sindiket yang melakukan kegiatan ini perlu dibanteras sehingga ke akar umbi bagi melumpuhkan kegiatan yang merugikan negara. Oleh itu saya meminta orang ramai melaporkan sebarang kegiatan penyelewengan barang kawalan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau di pejabat KPDNKK yang berhampiran supaya tindakanboleh diambil dengan lebih efektif,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd