• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Klinikal Beberapa Vaksin Denggi Sedang Dijalankan

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ujian klinikal terhadap beberapa jenis vaksin denggi sedang dijalankan oleh syarikat swasta bagi menguji keberkesanan vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dalam usaha mengeluarkan vaksin denggi, Kementerian Kesihatan menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan vaksin itu.

“Pada masa ini penyelidikan tersebut masih berada dalam fasa awal pembangunan vaksin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Noriah Mahat sama ada kerajaan bercadang mengeluarkan vaksin denggi memandangkan wabak denggi semakin serius serta semakin kompleks untuk ditangani.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Nget Yoon, Dr Hilmi berkata kes denggi menurun kepada 1,370 kes sepanjang minggu lepas berbanding 3,000 hingga 3,500 kes yang direkodkan bagi setiap minggu pada Januari dan Februari lepas.

Beliau berkata ini menunjukkan usaha baik yang dijalankan pelbagai pihak termasuk kementerian, pihak kerajaan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menghapuskan nyamuk aedes sekali gus menangani gejala demam denggi.

Lim ingin tahu faktor kerajaan tidak dapat mengawal demam denggi berikutan peningkatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: demam denggiHilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd