• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Seorang lelaki maut dan seorang lagi dimasukkan ke hospital semalam akibat kebakaran yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat di luar perairan Taiwan.

Bencana itu menggegarkan banyak bangunan di ibu kota Taiwan di sini dan mencetuskan amaran tsunami untuk seketika di barat daya Jepun.

Pihak berkuasa Jepun memberi amaran gempa bermagnitud 6.6 itu boleh mencetuskan tsunami se­tinggi enam meter di sekitar beberapa buah pulau di Okinawa tetapi amaran itu dibatalkan sejam kemudian selepas tiada ombak besar direkodkan.

Tiada kerosakan dilaporkan di Jepun tetapi sebuah bangunan apartmen empat tingkat di Bandar Baharu Taipei di sini terbakar selepas kotak fius elektrik di luar blok berkenaan mele­tup semasa gempa berlaku.

“Seorang lelaki warga emas yang tinggal di dalam bangunan itu tidak menunjukkan tanda-tanda masih hidup,” kata pihak bomba.

Media tempatan me­laporkan seorang penghuni lain dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas akibat kebakaran itu.

Selain itu, penghuni dan pekerja pejabat di sebuah bangunan di pusat bandar raya ini turut dipindahkan ekoran risiko kebocoran gas, manakala beberapa laporan menyebut terdapat sejumlah kenderaan terperangkap di tingkat bawah tanah bangunan berkenaan.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa itu melanda pukul 9.43 pagi (waktu Malaysia) pada jarak 71 kilometer ke timur Hualien, Taiwan.

Jepun berada di kawasan gempa bumi dan merekodkan lebih 20 peratus daripada gempa paling kuat di Bumi pada setiap tahun. – AFP

Tags: gempa bumitaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd