• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Tambah Aset Perkasa Tugas Di Sempadan M’sia-Thai

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga sentiasa berusaha meningkatkan jumlah asetnya bagi memperkasa operasi kawalan dan pemantauan di sempadan maritim Malaysia-Thailand, terutama di Kelantan.

Komandernya ACP Azmi Ibrahim berkata permohonan untuk perolehan aset baharu dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pasukan.

“Bagi PPM Pengkalan Kubor, antara aset penting yang diperlukan pasukan ialah bot-bot kecil untuk kegunaan rondaan di Sungai Golok sepanjang 18 kilometer yang menjadi pemisah antara kedua-dua buah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengeratkan Hubungan Kerjasama Antara Penduduk Di Sempadan Malaysia-Thailand Dalam Konsep Pencegahan Jenayah di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Polis Marin Diraja Thailand (RTMP) Takbai Somsuk Sitiworakan dan Ketua Jajahan Tumpat Sobri Ramli.

Azmi berkata selain tambahan aset dan kekuatan anggota, usaha mengekang aktiviti jenayah seperti penyeludupan barangan, dadah, senjata api dan penyeludupan manusia lebih efektif dengan kerjasama ketua masyarakat kedua-dua negara.

“Sehubungan itu program Kepolisan Komuniti yang dilaksanakan PPM Pengkalan Kubor dan Polis Marin Diraja Thailand bersama-sama ketua kampung di sempadan Sungai Golok sangat bertepatan bagi memastikan usaha itu berjaya,” katanya.

Azmi berkata dengan terjalinnya rangkaian kerjasama itu pelbagai maklumat perlakuan jenayah di sempadan dapat disalurkan kepada kedua-dua pihak sekaligus mengekang kegiatan berkenaan.

Beliau berkata masyarakat di kedua-dua negara mampu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat selain penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa terbabit.

Dalam program itu, 15 orang ketua kampung di sempadan Sungai Golok dan 30 orang anggota serta pegawai polis marin kedua-dua negara turut melakukan rondaan bersama menyusuri Sungai Golok ke Kampung Kuala Jambu dan Kuala Tak. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd