• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Semak Semula Yuran Bagasi Berlebihan

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan, semakan semula struktur yuran bagasi berlebihan syarikat penerbangan itu akan berkuat kuasa pada 22 April ini.

Kadar serantau bagi setiap blok sebanyak 5 kilogram sebelum ini akan digantikan dengan struktur yuran mengikut zon, dengan kadar 3 kilogram bagi setiap blok untuk perjalanan dengan setiap penerbangan MAS, domestik serta antarabangsa.

Kadar bagasi berlebihan itu akan dikira berdasarkan zon, bergantung kepada jarak penerbangan dalam satu-satu jadual.

“Bayaran akan dikira pada setiap bagasi berlebihan sebanyak 3 kilogram selepas had Elaun Bagasi Percuma, bukan mengikut blok 5 kilogram sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laman web MAS, kadar tetap bagi setiap blok 5 kilogram adalah berbeza-beza bermula daripada RM55 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga kepada paling tinggi, RM195 untuk Eropah.

Semakan ini juga melibatkan penerbangan domestik antara Sabah dan Sarawak dalam penerbangan MASwings, katanya, sambil menambah penumpang dengan tiket yang dikeluarkan sebelum 22 April, 2015 akan dikenakan berdasarkan kadar mana yang lebih rendah jika perjalanan mereka bertarikh 22 April hingga 30 Ogos, 2015.

MAS sekarang ini membenarkan dua buah bagasi seberat 50kg bagi Kelas Pertama, 40kg untuk Kelas Bisnes dan 30kg dalam kelas ekonomi.

Untuk penjelasan lebih lanjut, hubungi Pusat Panggilan MAS pada talian 1-300-88-3000 (di dalam Malaysia) atau 603-7843 3000 (di luar negara) atau pun pada laman web, www.malaysiaairlines.com. – BERNAMA

Tags: CukaiMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd