• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Harakah, Harakahdaily Diperintah Fail Pembelaan

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Isnin memerintahkan Harakah dan Harakahdaily memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu dana 1MDB.

Penolong Kanan Pendaftar V. Vanita menetapkan sebelum 24 April ini untuk kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Nor Emilia Iszeham mewakili Najib selaku plaintif dan peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili defendan iaitu Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya.

Ketika ditemui pemberita, Nor Emilia berkata Vanita juga menetapkan 8 Mei depan untuk Najib membalas pernyataan pembelaan itu dan 28 Mei pula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Pada 18 Mac lepas, Najib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb lalu bertajuk ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)’ mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Najib turut mendakwa Taufek telah gagal mengamalkan prinsip ‘responsible journalism’ (kewartawanan bertanggungjawab) untuk mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis dan gagal mengambil langkah mendapatkan sebarang penjelasan sebelum menerbitkan perkataan itu.

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.

Najib juga mendakwa bahawa pada 26 Feb lalu peguam yang mewakilinya telah menghantar notis tuntutan supaya defendan berhenti membuat kenyataan berkenaan artikel fitnah itu dan membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis serta menarik balik kenyataan berkenaan.

Dalam saman itu, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan semula artikel berkenaan. – BERNAMA

Tags: 1MDBHarakah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd