• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dakwa Dibelasah, Rambut Dibotakkan 30 Senior

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai,Pendang pada Sabtu.

Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua.

Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

“Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak,” katanya kepada pemberita di rumahnya pada Ahad.

Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di BalaiPolis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

– mStar Online

Tags: kes bulipelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd