• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Iktiraf Sumbangan Awam Salur Maklumat Keselamatan J/Raya

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Izham Omar hari ini menerima Anugerah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPN) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya menyalurkan maklumat dan pesanan mengenai keselamatan jalan raya.

Anugerah itu disampaikan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad sempena sambutan Hari JPJ peringkat Selangor yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Ahmad Izham ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis itu berkata anugerah itu adalah suatu perhargaan ke atas usaha rangkaian televisyen Media Prima yang banyak menyalurkan maklumat dan pesanan mengenai keselamatan jalan raya kepada penonton.

“Anugerah ini memberi inspirasi kepada warga kerja Media Prima untuk bekerja lebih (kuat) dalam menyalurkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata penubuhan Kadet JPJ di setiap sekolah dapat memupuk kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dalam diri setiap generasi muda.

Katanya usaha memupuk kesedaran pada peringkat awal amat penting dalam usaha jabatan itu untuk mengurangkan kadar kemalangan maut yang disifatkannya agak tinggi.

“Pada masa ini 17 buah sekolah mempunyai pasukan kadet JPJ dengan pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan enam diajar mengenai undang-undang dan keselamatan di jalan raya,” katanya.

Beliau berharap menjelang tahun hadapan, pasukan kadet JPJ dapat diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. – BERNAMA

https://youtu.be/muEThYFNm3s

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd