• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Yakin PAS Tak Boikot Kempen PRK Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin rakan sekutu parti itu, PAS tidak akan memboikot kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi PAS dan DAP dalam satu majlis beberapa hari lalu, yang menyatakan sokongan terbuka kepada PKR bagi menjamin kemenangan gabungan ketiga-tiga parti itu.

“Dokongan rakan dalam pakatan cukup meyakinkan. Ketika melancarkan jentera (PRK Permatang Pauh) tiga malam lepas, kita melihat kehadiran pimpinan tertinggi PAS dan DAP menyatakan sokongan terbuka dan akan bekerja kuat untuk menjamin kemenangan PR,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran Rumah Selangorku di Karya Residensi di sini hari ini.

Azmin berkata demikian ketika mengulas laporan media yang mengatakan majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh pada Selasa lepas diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

PAS hanya diwakili Ketua Dewan Muslimatnya Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Sebaliknya, ia dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menepis dakwaan Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad yang berkata PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi, termasuk PAS, jika parti itu berkeras untuk meletakkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Was Ismail atau anggota keluarganya sebagai calon pilihan raya kecil itu.

“Itu hanya suara individu,” katanya yang menambah calon PKR bagi kerusi Permatang Pauh sudah dikenal pasti namun enggan mengulas lanjut.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd