• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Isis Tukar Nama Elak Dianggap Teroris

oleh
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar nama Isis kepada Ivette dalam daftar baharu senarai 24 ribut tropika yang bakal membadai timur Pasifik pada 2016.

Keputusan dibuat panel penamaan Jawatankuasa Hurikan WMO yang bermesyuarat di Costa Rica semalam, kata jurucakap agensi kaji cuaca antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Clare Nullis.

Asalnya, Isis sudah lama dipilih sejak 2012 bagi merujuk nama dewi terkenal zaman Mesir purba dan diletakkan sebagai nama ribut tropika kesembilan untuk abjad rumi I dalam daftar 2016 antara Howard dan Javier.

Namun, mesyuarat terbaharu panel WMO memutuskan nama itu diubah kepada Ivette bagi elak disalah anggap ada kaitan dengan kumpulan teroris Islamic States of Iraq and Syria yang juga menggunakan akronim ISIS.

“Pertukaran nama bukan isu baharu, malah WMO tukar Odile untuk daftar huruf O pada 2020 nanti kepada Odaly atas permintaan Mexico yang dibadai teruk ribut itu pada 2014,” kata pakar cuaca, Scott Sutherland.

WMO ujar beliau yang bertugas di Weather Network, turut mengugurkan Katrina, Andrew dan Sandy kerana bimbang ia memberi kenangan pahit kepada jutaan mangsa taufan ganas itu yang trauma mendengar nama itu.

Pusat Hurikan Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) lazimnya mencadangkan nama ringkas dan mudah diingati kepada WMO untuk senarai ribut yang akan membadai utara Lautan Atlantik dan timur Lautan Pasifik.

Bagi barat Lautan Pasifik, 14 negara memberi nama tersendiri untuk rujukan daftar ribut termasuk Malaysia yang pernah guna nama Jelawat, Rumbia, Sepat, Tapah, Nuri, Nangka, Melor, Meranti, Merbok dan Mawar.

Berbeza WMO, PBB selain kerajaan AS pula merujuk ISIS sebagai ISIL (Islamic States of Iraq and Levant) iaitu terjemahan tepat bahasa Arab untuk wilayah Syam manakala agensi berita AP, Reuter dan BBC hanya IS. – Agensi/A.AMREE

Tags: CuacaISISMeteorologiributTaufan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd