• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Umno Kedah Tak Libatkan Parti Secara Total

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu sokongan Umno Kedah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan Badan Perhubungan Umno negeri itu secara keseluruhan.

Sambil menasihatkan isu itu perlu diselesaikan segera, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, apa yang berlaku itu bukanlah permasalahan dan pendirian Umno negeri dan parti.

“Ia cuma pendirian peribadi seseorang pemimpin. Saya tidak fikir kita harus jamakkan permasalahan seseorang itu dengan sesebuah organisasi.

“Pada hemat saya, tidak ada pilihan melainkan menyelesaikan masalah ini kalau mahu melihat parti dan kerajaan diberi kesinambungan dalam pemilihan yang akan dilakukan oleh rakyat keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Baru-baru ini Adun Bukit Lada, Kedah Datuk Ahmad Lebai Sudin mengeluarkan kenyataan mendesak Mukhriz untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar jika gagal menyatakan sokongan terhadap perdana menteri.

Mukhriz sebelum ini berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian Umno Kedah terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur selepas bermesyuarat dengan kesemua pemimpin Umno negeri itu.

Ahmad Zahid berkata, seseorang pemimpin itu memerlukan sokongan dan taat setia tanpa berbelah bahagi yang perlu diterjemahkan dalam mana-mana era kepimpinan.

Beliau berkata, setiap anggota parti perlu bersama-sama dalam menangani isu yang timbul bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

“Rakyat tentunya meletakkan harapan kepada sesebuah organisasi apatah lagi parti politik yang boleh menangani permasalahan semua sekali … apatah lagi organisasi yang diwakilinya untuk membentuk sebuah kerajaan yang boleh diberikan kebergantungan oleh rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNOZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd