• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP DAP Saran Anggota Suhakam Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng meminta semua ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meletakkan jawatan serta merta bagi memberi tekanan kepada kerajaan.

Beliau membuat permintaan itu berikutan kenyataan Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam bahawa suruhanjaya itu di Malaysia ibarat ‘harimau tak bertaring’.

“Hasmy berkata mereka terikat dan tidak mampu mengejar dan ‘menggigit’ meskipun telah memohon kepada kerajaan supaya diberikan lebih kuasa dan ‘taring’.

“Barangkali apa yang wajar dilakukan oleh pesuruhjaya Suhakam meletakkan jawatan secara beramai-ramai dengan mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai protes atas layanan yang diberikan kepada mereka,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lip Eng turut meminta Suhakam mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Raja-raja memandangkan suruhanjaya itu dianggap sudah tidak lagi relevan dan membazir wang rakyat.

“Kabinet patut berbincang segera untuk membubarkan Suhakam dan diganti dengan ‘Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia’,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

Tags: Suhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd