• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tiga Lagi Suspek Kes Bunuh Di Rawang

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor memberkas tiga lagi lelaki dalam operasi berasingan semalam, kerana dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua lelaki di Jalan Bristol, Rawang, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lelaki berusia antara 18 dan 22 tahun itu ditahan polis di Rawang, Gombak dan Setapak Jaya.

“Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang lebih kurang pada pukul 1 tengah hari.

“Suspek kedua pula ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira pukul 6.40 petang manakala suspek ketiga ditahan di sebuah premis di Persiaran Rejang, Setapak Jaya pada pukul 8 malam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebentuk cincin dan rantai emas yang dipercayai milik seorang daripada mangsa dalam operasi tersebut.

“Dengan penangkapan terbaru, menjadikan jumlah suspek seramai lima orang dan kes ini dianggap selesai dengan penangkapan mereka yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini.

“Bagaimanapun, polis sedang mengesan beberapa individu untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Mohd Adnan.

Pada Selasa lepas, dua lelaki berusia 20-an ditemukan mati, dipercayai dikelar dan dicekik rakannya akibat perselisihan faham, dalam sebuah kereta di Km10 Jalan Bristol, Rawang.

Kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi dan mayat kedua-dua lelaki terbabit ditemukan orang awam kira-kira lapan jam kemudian sebelum memaklumkan kepada polis.

Susulan kes tersebut, dua lelaki telah ditahan di sekitar Rawang sejam selepas polis mendapat laporan berhubung insiden berkenaan. – BERNAMA

https://youtu.be/zrqrf_HpssA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd