• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remy Ishak Kongsi Pengalaman Berasmara Atas Batu

oleh AK-47
18/04/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADEGAN mesra dan intim dalam sesebuah drama dan filem pastinya dapat memberikan lagi rencah dalam penghasilan sesebuah karya seni itu.

Ianya terpulang kepada interpretasi dan imaginasi pengarah bagaimana mahu mencorakkan sesuatu babak intim itu mengikut jalan ceritanya yang tersendiri.

Dan tugas pelakon pula menjadi medium penyampai seperti mana yang diarahkan oleh sutradara tersebut.

Berkongsikan pengalamannya menjayakan watak mesra dengan pelakon Izara Aishah, Remy Ishak mengatakan terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapinya sepanjang menjayakan babak romantis itu.

Melahirkan keterujaannya berlakon dalam naskhah terbaharu pengarah Osman Ali menerusi filem Pilot Cafe, Remy yang membawakan watak Rashid berkongsi kisah cabarannya sepanjang melakonkan babak asmara yang dianggap paling mencabar buatnya.

Memetik Malaysian Digest Remy berkata, “Babak saya dan Maya (Izara) berasmara antara babak mencabar.

“Ianya memerlukan kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran itu, ombak sangat besar. Sebelum buat babak itu saya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

“Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu. Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang dan mengalami pendarahan.

“Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu.”

remy1

Wah, sampai cedera-cedera kaki dibuatnya kerana babak asmara. Mesti ramai tak sabar nak tengok macam mana hasil babak tu kan..

Pilot Cafe yang merupakan filem adaptasi novel dengan judul sama, hasil tulisan novelis popular Ahadiat Akashah bakal menjengah pawagam bermula 30 April ini.

Tunjang utama filem ini selain Remy dan Izara adalah Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Ainul Aisyah dan Aishah Alias.

– MYNEWSHUB.CC

pilot cafe 1

Tags: FILEMmyArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd