• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Lancar Pencetak Berkuasa Android Pertama Dunia

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan mesin pencetak Siri MX4 berkuasa Android yang pertama seumpamanya di dunia.

Pencetak Pelbagai Fungsi (MFP) berharga RM6,499 hingga RM47,500 seunit, menampilkan skrin sentuh panel Android bersaiz 10.1 inci tanpa perlu disambungkan dengan komputer peribadi (PC).

“Seiring tumpuan kami menghasilkan penyelesaian mesin pencetak yang serasi ekosistem pejabat serba pintar, siri ini turut menampilkan ciri unik teknologi Samsung Smart UX Center yang mana operasi itu dapat dijalankan tanpa penggunaan PC serta skala aplikasi yang mesra pengguna iaitu User-Interface (UI),” kata Ketua Jualan dan Bekalannya, Gan Ta Loong.

Siri mesin pencetak itu mengetengahkan 10 model baharu daripada empat kategori berbeza termasuk X4300 bagi warna A3, siri K4350 bagi warna Monokrom A3 dan M5370 serta M4580 bagi Monokrom A4.

“Ini adalah langkah pertama bagi Samsung memperkenalkan pencetak berasaskan Android yang mana ia sesuatu yang baharu bagi siri MX4 berbanding menaik tarf daripada mesin sedia ada,” katanya.

Siri pencetak itu akan turut meningkatkan kecekapan perniagaan pelanggan dan produktiviti selain pemprosesan dokumen dengan lebih pantas iaitu 1.5 kali lebih laju berbanding unit pemprosesan pusat sebelum ini.

Samsung Smart UX Center adalah teknologi khas sesentuh UK yang turut dilengkapi dalam siri gajet telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy. – BERNAMA

https://youtu.be/mHxR10P0XqI

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd