HIROSHIMA, Jepun – Mazda Motor Corporation akhirnya mempertontonkan kerja seni reka bentuk oleh Mazda, termasuk basikal dan sofa pada malam sebelum pembukaan acara “Reka bentuk Mazda: Kereta sebagai Seni” berlangsung di bandaraya Milan, Itali bermula hari ini.
Bertemakan “Reka bentuk Mazda: Kereta sebagai Seni” Mazda melanjutkan evolusi jenama mereka dengan mengikut dua deria utama dalam estetika Jepun iaitu RIN, satu perasaan mengawal maruah diri dan EN, rasa sensual memikat yang bercakap secara langsung dengan deria.
“Basikal oleh konsep KODO” menemukan keindahan dalam sebuah basikal dengan struktur minimalisnya yang terdiri daripada bingkai yang dibentuk penuh susah payah menggunakan sekeping keluli yang diketuk.
Manakala pelana basikal daripada kulit yang dijahit tangan, menampilkan benang merah sama seperti jahitan dalam Mazda MX-5 baharu.
“Sofa oleh konsep KODO” pula mempamerkan gabungan perasaan indah dan seni pertukangan halus Itali.
Bentuk sofa diinspirasi oleh Mazda CX-3 sekaligus membangkitkan perasaan kukuh yang lazim terdapat pada kesemua kenderaan generasi baharu Mazda.
Turut dipamerkan pada acara itu adalah hasil kerja oleh tukang-tukang tradisional Jepun yang mendapat ilham daripada KODO Mazda – Falsafah reka bentuk Gerakan Jiwa.
KODOKI yang digunakan adalah kepingan tembaga yang diketuk dalam studio logam Gyokusendo yang terkenal di Jepun.
SHIRAITO pula, kotak berlakuer tradisional ciptaan Kinjo-Ikkokusai yang menzahirkan kekayaan fenomena semula jadi menggunakan beberapa lapisan lakuer dan kulit telur yang dihancur halus.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, reka bentuk telah menjadi satu bahagian penting dalam diri kita, menambahkan nilai seni kepada keseluruhan pengalaman jenama Mazda,” kata Masahiro Moro, Pegawai Urusan Eksekutif Mazda yang bertanggungjawab bagi Pemasaran Global.
“Kami memperkenalkan mesej reka bentuk kami di Milan, sebuah bandaraya mercu tanda bagi dunia reka bentuk untuk meningkatkan imej jenama kami,” tambahnya.
SUMBER: Mazda Motor Corporation