• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mazda Motor Indonesia Tutup Operasi Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Syarikat pengedar kenderaan jenama Mazda di Indonesia, PT Mazda Motor Indonesia (MMI), akan menutup operasinya di negara itu bulan depan.

Dalam kenyataan syarikat yang disiarkan oleh media di sini memetik Presiden Direktur MMI, Keizo Okue sebagai berkata syarikat itu mengambil keputusan untuk menutup operasi ekoran pasaran kenderaan di Indonesia semakin rancak dan memerlukan perubahan pengurusan secara drastik bagi menampung permintaan.

Katanya syarikat itu telah menandatangi perjanjian untuk menyerahkan pengedaran Mazda di Indonesia kepada syarikat Eurokars Group yang beribu pejabat di Singapura.

Beliau berkata dengan penutupan MMI itu, kesemua 45 wakil jualannya akan berpindah milik kepada PT Eurokars Motor Indonesia mulai Februari 2017 manakala semua pekerjanya diserapkan di bawah syarikat berkenaan.

“Eurokars juga bertanggung jawab atas perkhidmatan dan jaminan bagi semua unit Mazda yang dijual sebelum proses peralihan dari PT MMI,” katanya.

Eurokars juga ialah pengedar kenderaan premium, termasuk kenderaan Porsche, Rolls-Royce, Maserati dan BMW.

Pada April lepas, Ford Indonesia mengumumkan penutupan operasi setelah pasaran kenderaan itu dikatakan tidak memberangsakan manakala General Motors (GM) pula menutup operasi pengeluaran kenderaan Chevrolet Spin di Indonesia sejak Jun 2015.

Pada Februari lepas, syarikat pengedar motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson di Indonesia, PT Mabua Motor, turut mengumumkan penutupan operasi pengedarannya ekoran pasaran yang dingin di Indonesia. – BERNAMA

Tags: Mazda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Basikal Dan Sofa Direka Bentuk Oleh Mazda Dipertontonkan

14/04/2015
0

HIROSHIMA, Jepun - Mazda Motor Corporation akhirnya mempertontonkan kerja seni reka bentuk oleh Mazda, termasuk basikal dan sofa pada malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd