• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Akan Audit Sendiri Akaun 1MDB

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan proses pengauditannya sendiri terhadap urusniaga 1Malaysia Development Board (1MDB) tanpa menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara, kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Ia bergantung kepada skop Ketua Audit Negara, sama ada membabitkan urusniaga 1MDB di dalam atau luar negara. Jika pengauditan melibatkan transaksi luar negara, ia mungkin mengambil masa setahun untuk melengkapkannya dan ia memakan masa lama,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Sehubungan itu, katanya, jika senarionya sedemikian, maka PAC akan memulakan proses pengauditannya sendiri.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana pelbagai pihak telah mempolitikkan isu berkenaan.

“Ia telah melibatkan politik dan sebagai jawatankuasa di peringkat parlimen, PAC mempunyai kuasa untuk memulakan auditnya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk PAC memulakan proses pengauditan itu, Nur Jazlan berkata, ia mungkin dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Jawatankuasa tidak berhasrat untuk memberi tekanan kepada Ketua Audit Negara bagi mempercepatkan proses audit mereka, tetapi jika ia mengambil masa yang terlalu lama, jadi kita perlu teruskan dengan audit sendiri,” tambahnya.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menolak sebarang dakwaan bahawa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu dengan melambatkan proses pengauditan yang dijalankan Ketua Audit Negara.

“PAC sememangnya menantikan Ketua Audit Negara untuk melengkapkan proses pengauditan bagi membolehkan jawatankuasa meneliti hasilnya,” katanya.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB dan menyerahkan hasil penemuannya kepada PAC.

Pada 6 Mac pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ketua Audit Negara tidak sepatutnya mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalankan proses pengauditan akaun 1MDB dan pengarahnya perlu bertanggungjawab jika wujud kecuaian atau tindakan menggelapkan wang syarikat berkenaan.

Pihak Ketua Audit Negara mula menjalankan proses pengauditan pada 10 Mac apabila Tan Sri Ambrin Buang mengadakan mesyuarat bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.

– mStar Online

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd