New York – Seorang bapa yang berkeras untuk menamakan anak dalam kandungan isterinya dengan nama Spyridon, telah melancarkan petisyen melalui dalam talian bagi menentukan nama bayi berkenaan.
Lelaki itu, Nicholas Constantine Soukeras tetap berkeras mahukan nama berkenaan meskipun isterinya Kseniya mahu menamakan anak mereka Michael.
Bagi Kseniya, dia tidak mahu menamakan anaknya dengan nama yang sukar disebut.
Justeru Kseniya, 33, berharap petisyen itu akan dapat memungut 100,000 tandatangan untuk membolehkan dia menukar fikiran dan bersetuju dengan nama Spyridon.
Bagaimanapun pasangan berkenaan belum mengetahui jantina bayi tersebut namun Nicholas mempertaruhkan bayi itu adalah lelaki berdasarkan bentuk perut isterinya ketika mengandung.
“Suami saya amat yakin bayi itu adalah lelaki kerana dia rasa dia dapat melihat melalui perut saya.
“Ia bukan gurauan namun perbalahan kami ini adalah serius,’’ kata Kseniya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=GgEVO15iAhE

