• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Melaka Alu-Alukan Sebarang Siasatan Oleh SPRM

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan gejala rasuah di negeri ini , kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Ikrar Integriti yang dilaksanakan kerajaan negeri bersama SPRM dalam membanteras gejala berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya terdapat pegawai atau kakitangan kerajaan negeri terlibat dalam kegiatan itu.

“SPRM hanya menjalankan tugas mereka dan kita tiada sebarang halangan sebaliknya mengalu-alukan usaha tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Melaka sebagai Pelabuhan Maritim Antarabngsa’ di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan SPRM menahan seorang bekas ketua jabatan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dan tiga pegawainya termasuk seorang wanita pada Khamis lepas.

Penahanan empat suspek berusia antara 40 hingga 50-an itu bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan perolehan perkhidmatan jabatan bernilai RM100,000 sepanjang tahun 2013 dan 2014. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wp9NvZ0ipyA

Tags: Idris HaronSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd